PLEASE CLICK HERE to view upcoming event. Information here is outdated

Ke Arah Kemahiran & Tanggungjawab Seorang Penyelia Yang Efektif

19 Apr, 2021, Webinar Classroom Training

IPA Training is Registered with

Venue Details

Webinar Classroom Training


Contact us

FOR COURSE DETAILS

Juliany,

Office: 03 2283 6109

Mobile: +60 122281247

juliany@ipa.com.my

Phoebe,

Office: 03 2283 6100

Mobile: +60 193637822

phoebe@ipa.com.my

Bee Teng,

Office: 03 2282 6112

Mobile: +60 172566121

beeteng@ipa.com.my

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING

ADDRESS

A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Kepimpinan
  • Kepimpinan Dan Kecemerlangan Dalam Sesebuah Organisasi
  • Memotivasi Dan Meningkatkan Komitmen Pekerja
  • Kerja Berpasukan Dan Meningkatkan Semangat Kekitaan
PENGENALAN
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan seorang penyelia dalam sesuatu organisasi. Ia juga berfungsi untuk membina keyakinan di kalangan penyelia, pengurus dan sebagainya. Adalah amat penting untuk seorang ketua sesebuah syarikat berkemahiran dalam aspek kepimpinan, motivasi, membina pasukan dan perhubungan kemanusiaan. Memotivasi dan memimpin pasukan kerja yang berkesan adalah juga penting untuk peningkatan prestasi sesebuah syarikat dan juga perkembangan diri. Hasilnya adalah prestasi yang cemerlang dengan warga kerja yang cemerlang. Syarikat yang akan berjaya untuk masa depan adalah yang boleh memperoleh komitmen semua warga kerjanya.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami dengan lebih mendalam apakah itu kemahiran motivasi.
  2. Mengenalpasti sumbangan kepimpinan dalam perkembangan perhubungan manusia yang berkesan.
  3. Berkeupayaan menangani masalah disiplin dalam diri mereka.
  4. Mempraktikkan gaya kepimpinan yang berlainan dan bagaimana anda boleh mempengaruhi pekerja dengan tabiat kerja yang positif.
  5. Mengetahui dan memahami dengan baik cara-cara memotivasikan, meningkatkan komitmen dan membina kesetiaan pekerja.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Ketua Di Dalam Sesebuah Unit
  • Pengurus
METODOLOGI
Ceramah, Kajian Kes, Praktikal & Perbincangan Umum dan Sesi Soal Jawab
KANDUNGAN KURSUS
9:00

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA KEPIMPINAN

  • Kepimpinan dan pengurusan
  • Gaya-gaya kepimpinan
  • Kenapa organisasi memerlukan kepimpinan berkesan.
  • Sikap dan pencapaian kejayaan dalam kerjaya
  • Cabaran-cabaran semasa di tempat kerja
  • Peranan dan tanggungjawab lanjutan pemimpin
  • Kepimpinan situasi
  • Aktiviti 1: Menentukan kehendak majikan dan pekerja
10.45

MODUL 2 : KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN
DALAM ORGANISASI

  • Pengurusan pekerja
  • Cara cara pengukuran kecemerlangan kepimpinan
  • Model kecemerlangan organisasi
  • Tentukan hasil kerja yang diharapkan
  • Model asas perubahan
  • Menerima tanggungjawab
  • Memahami 3 model minda – proaktif, zon selesa dan reaktif
  • Perubahan dari reaktif ke proaktif
  • Pergerakan dari rintangan perubahan ke pengurusan perubahan
  • Aktiviti 2: Kajian Kes
1.00

Makan Tengahari

2.00

MODUL 3 : MEMOTIVASI DAN MENINGKATKAN KOMITMEN PEKERJA

  • Apakah itu motivasi
  • Prinsip-prinsip prestasi
  • Budaya sebagai asas untuk memotivasikan pekerja
  • Sebab-sebab kenapa wargakerja tidak mencapai prestasi yang dijangka
  • Kepentingan interaksi produktif di tempat kerja
  • Cara-cara untuk mendorong pekerja
  • Aktiviti 3: Kajian kes


3.45

MODUL 4 : KERJA BERPASUKAN DAN MENINGKATKAN SEMANGAT KEKITAAN

  • Apakah kepentingan fokus kepada pasukan
  • Teknik untuk membina pasukan yang berjaya
  • Komitmen dan kompetensi
  • Penentuan matlamat
  • Menilai dan memberi maklumbalas
  • Melaksanakan penilaian prestasi
  • Mengatasi masalah prestasi
  • Pengurusan pekerja bermasalah
  • Rancangan tindakan untuk penambahbaikan berterusan
  • Perana pemimpin dalam membina perjalanan kerjaya
  • Aktiviti 4: Kajan kes
5.00

Kursus Tamat