Undang-Undang Tanah Negara

23 Mar, 2020, Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

PROF. DATO’ SALLEH BUANG pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor sehingga tahun 2013.

 

Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia (dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa & Pustaka), beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang termasuklah undang-undang tanah, perumahan, perancangan, usahama antarabangsa, kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.

 

Beliau menjadi kolumnis tetap di akhbar Utusan Malaysia, the New Straits Times dan Berita Harian. Beliau kini menjadi Timbalan Pengerusi dan ahli Pemegang Amanah Kuala

Venue Details

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur,
Phone : 03 4042 5555
Fax : 03 4043 8717

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
O - 03 2283 6109 | M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my

Michelle,
O - 03 2283 6100 |  M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
O - 03 2283 6101 | M - 012 2011247
F - 03 2283 6108 
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

FOKUS
  • Elemen Asas Sistem Torrens
  • Keselamatan Pemegangan (Security Of Tenure)
  • Kekerasan & Pemodenan KTN
  • Spatium & Stratum
  • Pemakaian KTN kepada Tanah Wakaf / Kg Baru
  • Tanggungjawab Pemaju, JMB, MC, Sub-MC
  • Tanggungjawab Pemilik Petak
  • Harta bersama
  • Tribunal Strata
  • Penamatan strata & pembangunan semula
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pengurus hartanah
  • Pengurus pemasaran
  • Juruukur
  • Pemaju hartanah
  • Peguam dan kakitangan peguam
  • Penasihat undang-undang di sektor swasta dan agensi awam
  • Pentadbir Tanah
  • Pegawai Kanan di Jabatan Kerajaan dan Kementerian
  • Pegawai dan pengurus di institusi kewangan
  • Penasihat pelaburan
  • Pengurus projek
  • Jurunilai
  • Konsultan hartanah
  • Pemilik tanah
KANDUNGAN KURSUS
9:00

SESSI SATU - KTN / PRINSIP AM

  • Sistem Torrens – dulu dan sekarang
  • Keselamatan pemegangan (security of tenure), dana pampasan (Assurance Fund)
  • Kekerasan KTN – sistem TOL, setinggan
  • Urusniaga tanah – di bawah KTN, common law & equity, undang2 adat / Islam
  • Sekatan kepada urusniaga – sistem kaveat perlu dimudahkan?
  • Pemodenan KTN – Akta A1516
10.45

SESSI DUA – ISU TERTENTU

  • Leasehold kepada freehold – pajakan 999 tahun
  • Ruang udara (spatium) – perkembangan masa depan
  • Tanah bawah tanah (stratum) – hala tuju pembangunan masa depan; pembangunan di Singapura, Hong Kong
  • Pemakaian KTN kepada tanah wakaf, tanah adat, Kg Baru KL
  • Projek tebus guna tanah (tambak laut)
  • Tribunal Tanah – perlu diwujudkan?
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

SESSI TIGA – AKTA HAKMILIK STRATA (AKTA 318)

  • Evolusi undang2 strata
  • Tanggungjawab & hak Pemaju, JMB, MC
  • Tanggungjawab & hak Pemilik Petak
  • Harta bersama – limited common properties
  • By-Laws, House Rules
  • Sewaan petak di bawah platform Airbnb – wajar ada peraturan?
3:45

SESSI EMPAT – AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)

  • Akta 757 – matlamat utama, masih ada lacuna?
  • P.U.(A) 103 / P.U.(A) 107 – sudah cukup jelas?
  • Tribunal Strata – bidangkuasa, prosedur
  • Penamatan strata & pembangunan semula – keputusan sebulat suara atau majority 75%
  • Hala tuju masa depan
5:00 Kursus Tamat
OBJEKTIF

Kursus sehari ini adalah satu program baru bagi tahun 2020 dirangka khas untuk memberi pendedahan semula (refresher) kepada peserta mengenai perkembangan, trend dan isu terkini berkaitan tiga undang-undang hartanah negara.

 

Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) baru dipinda tidak lama dulu tetapi masih ada lagi isu-isu penting yang belum dapat ditangani. Begitu juga Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah dipinda, dan kini digandingkan dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), yang memansuhkan Akta 663 (yang diwujudkan bagi memperincikan peranan dan kewajipan JMB) dan menubuhkan Tribunal Strata.

 

Sessi pertama ditumpukan kepada sistem Torrens, keselamatan pemegangan (security of tenure), ketiadaan dana pampasan, kekerasan KTN (misalnya dalam kes TOL dan setinggan), urusniaga tanah (land dealings) yang diiktiraf di bawah KTN dan oleh mahkamah di bawah undang-undang lain, sistem kaveat yang bercelaru dan mengelirukan, dan akhirnya usaha kerajaan memodenkan KTN selama ini.

 

Sessi kedua ditumpukan kepada niat sesetengah pihak menukar tanah pegangan bertempoh (leasehold) kepada pegangan kekal (freehold), membuat pemberianmilik tanah kerajaan dalam bentuk pajakan 999 tahun, cabaran pembangunan ruang udara (spatium) dan tanah bawah tanah (stratum) di masa depan, kajian mengenai perkara sama di negara luar (seperti Singapura dan Hong Kong), isu apakah KTN wajar ataupun tidak dipakai kepada tanah wakaf, tanah adat dan tanah Kg Baru, projek tebus guna atau tambak laut (seperti yang diusahakan di Johor dan Pulau Pinang) dan akhir sekali mengenai cadangan penubuhan Tribunal Tanah.

 

Dalam sessi ketiga, perbincangan akan ditumpukan kepada evolusi undang2 strata (mulai Akta 318 dikuatkuasakan hingga Akta 757 diluluskan), tanggungjawab & hak pemaju, JMB, dan badan pengurusan (MC), tanggungjawab & hak Pemilik Petak, harta bersama (common property dan limited common property), undang-undang kecil (By-Laws, House Rules) dan sewaan petak di bawah platform Airbnb.

 

Dalam sessi terakhir, perbincangan akan ditumpukan kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan dua peraturan baru mengenai pengurusan strata dan Tribunal Strata, dan akhir sekali kepada penamatan strata & pembangunan semula sekim strata (yang kini terkandung dalam seksyen 57 Akta 318). Kerajaan Malaysia kini bercadang membuat pindaan terbaru yang akan membolehkan suatu sekim strata itu ditamatkan dan dibangunkan semula deengan undi majority 75%, sama seperti kedudukan undang-undang di beberapa negara lain.